Sunday, May 20, 2012

Restaurant Sukhumvit Kg Baru

Ok..Jalan-jalan cari makan untuk menggemukkan diri kini berada di Kampung Baru,Kuala Lumpur pula..Lepas ni memang confirm aku pula akan jadi pengacara rancangan "jalan-jalan cari makan untuk gemukkan diri"..Ha..itulah aku!

Restaurant pilihan aku pada hari ini adalah "Restaurant Sukhumvit Kg Baru"..Apa ke pelik nama nye tu??Nama Sukhumvit tu memang wujud sebenarnya,nama itu diambil sempena nama Sukhumvit Road di Thailand..Dah nama Restaurant Masakan Thai...land!..

 Muka hepy tak sabar nak order makanan. #CoverCunHabisNi!

Restaurant Sukhumvit Kg Baru ini terletak di Tengah Kampung Baru berhampiran dengan "Plaza Rah" kalau tak silap aku laaa..Bab aku nampak Plaza Rah tu dari jauh...Hehehe!Mula-mulanya aku saja nak bawa si abe ni bawa makan dekat Kampung Baru ni,sehingga kami rambang tak tahu nak pilih yang mana satu..Alih-alih parking kereta betul-betul sebelah dengan Restaurant Sukhumvit Kg Baru.Nampak macam ala-ala Full House..Mesti mahal ni..tak nak la masuk...Aleh-aleh..Si abe ni kata dia nak belanja..Aku apa lagi..Restaurant mewah lagi aku gatai nak try balun!hehe!

Muka hepy terpaksa bersedia kena bayar makanan mahal >,<

Pandang kiri kanan..Awat ramai betui makan kat sini..?

Dalam kepala apa lagi dah fikir nak makan banyak-banyak lapar nak gemukkan badan lagi..Yang si abe pula,senyap jerk..Mula risau aku order banyak2..Hahaha!Bila dah dapat buku menu makanan..Haaaa!!Amik ko!Murahnyer!Gila laaa...Siyes..Bukan aku kata bab mahal..Ini siyes murah..Macam tak percaya aku tempat begitu exclusive ni makanannye murah-murah..Pasang lagu2 thai gitu..ouuchhh!

Muka hepy bab murah makanan kat sini dari makanan kat Rembau (Tempat tinggal Kami)

Makanan yang di pesan oleh kami.. >,<

makanan untuk 2 orang.. + 3 pinggan nasi..Terkulai ketam dalam tomyam tu kena masak.

Daging Merah (1 org makan) = RM5
Telur Bungkus (1 org makan) = RM4
Tomyam Campur (1 org makan) = RM5
Kailan goreng ikan masin (1 org makan) = RM5
Nasi (3 pinggan)  = RM3
Air (Orange Juice) (2 org minum)= RM6
Air Suam = FREE

Jumlah : RM28

Macam tak caya kan??Siyes cantik dan sedap makanan di Restaurant Sukhumvit Kg Baru ni..Nanti aku nak bawa kawan-kawan aku makan dekat sini..Eh!bawa mak aku la dulu...Lalalala!:)

Kenyang sudey... :)

2 comments:

  1. sy gan suami selalu mkn kt rest0ran ni..yg pling best dia punya pulut mangga..mmg terbaekkk...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mouse