Thursday, November 21, 2013

Tidak seperti dahulu

Assalammualaikum w.b.t..

Maaf kerana sudah lama tak update blog ini..Lama menyepi..membawa diri...

Alangkah indahnya seperti dahulu..Mempunyai semangat belajar seperti dahulu..
Mempunyai semangat berkawan seperti dahulu...
Mempunyai perangai gila-gila seperti dahulu..
Mempunyai kehidupan yang sangat menyeronokkan seperti dahulu...
Mempunyai keceriaan seperti dahulu..

Tapi sekarang pudar dibawa arus zaman..

Berkawan baru tetapi tidak memahami...
Subjek dan lecture baru langsung ku tidak fahami...
Kehidupan yang penuh cabaran dan halangan yang tidak ku sanggup hadapi...
Keceriaan malap tidak seperti dahulu lagi..
Semangat setia kawan sanggup dicalari...

Mungkin di sebabkan dahulu perangai budak2...
Fikiran pun masih budak2..
Buat sesuatu pun tanpa agak2..

Sekarang....

Cuba untuk berubah menjadi lebih baik lagi...
Mencari keimanan yang lama menghilang diri..
Mencari ketaqwaan yang telah lama pergi...

Mungkin ada hikmahnya keseronokkan yang lalu tidak berkekalan...
Mungkin Allah rindukan doa2 ku yang telah lama aku tinggalkan..

Ya Allah....

Dahulu...Aku sanggup murka...Ya Allah..
Dahulu...Sanggup aku lupa terhadapmu Ya Allah..
Kejahilan menyebabkan aku benci diriku dahulu...Ya Allah...

Ampunkanlah aku YA ALLAH.... :'(
Ampunkanlah hambamu yang jahil ini...
Ampunkanlah....

Berikan aku peluang untuk bertaubat padamu..
Berikan aku peluang untuk beriman dan bertaqwa kepadamu..

InsyaAllah...Aku tidak akan menjadi seperti dahulu lagi.. :'(




Thursday, August 15, 2013

Tunang?bila?Omg..

Assalammualaikum...huiyooo..lama betul menyepi blog aku ni..

Mesti si stalker rindu nak stalker blog aku kan.. kan kan..!

Sorry bab aku tak berapa update blog aku ini sebab malas la nak taip panjang2...aku banyak update instagram dan keek [yasminyusof89] jerk..Twitter pon dah macam haram tak update langsung..Peh!! feeling retis gitu!

Ok2..Meh aku nak gosip sikit pasal sorang budak gegurl ni yang tunang secara mengejut tu! Helloooo...! Kata nak buat bulan November..Habis satu kampung ko canang nak buat bulan 11 tu...! Apa dah jadi sekarang beb?? Dah gatai sangat ker?? OMG... [mata terbeliak,pandang atas]


Jawapan :

Hahaha!ok2..untuk makluman kepada semua,aku baru sahaja bertunang pada 10 Ogos 2013 yang lalu dengan si polan ni!.. Ishhh..tak sedap betul tarikh ni...grrrr...

Terkejut tak??terkejut kan...?Aku lagi gila terkejut weh! and tak sangka dah jadi tunang orang sekarang..ok..sangat kelakar.. -_-"

Kek hantaran

Ceritanya bermula bergini..

Tarikh : 10/8/2013
Masa  :  2.30 petang
Tempat : Meja makan rumah aku

Ibu  : Myn,tak payah la merisik bagai..Terus tunang jerk boleh??
Aku : Apa???Tunang?glurpppp...errrrr...
Ibu  : Cuba kau tanya ayoi,boleh tak tunang malam ini terus..?

Aku : Err..ok..nanti myn tanya k.. [tiba2 blur]
Ibu  : Tak payah hantaran bagai..Suruh dia bawa cincin jerk..Alang2 semua ada raya ni,terus tunang jelah..
Aku : Errr...ok... [jantung berdebar laju]



 Ibu.. yang banyak menolong aku dalam majlis tersebut

Sepatutnya tarikh berkenaan adalah tarikh merisik aku,means that family pihak lelaki datang untuk merisik pada malam tersebut dan menetapkan tarikh pertunangan yang sepatutnya buat pada 3/11/2013 nanti..Aku terus bagi tahu pihak lelaki tentang hasrat ibu aku nak buat malam tu juga..Ok..aku rasa macam " apa yang berlaku sekarang ini,macam tak logik jerk"..Aku rasa macam main2 pun ada!hahaha!

Alhamdulillah..hasrat ibu aku itu,termakbul..pihak lelaki tidak ada sebarang masalah,dan majlis pertunangan akan diadakan pada malam tersebut juga..

Dengan kelam kabut,family aku sediakan makanan dan semua persiapan lah!Nasib ada adik beradik dan saudara mara terdekat aku semua tolong dalam persiapan makanan dan kemas rumah bagai..Aku??Mahu tak gilaaaa....Baju tunang yang sepatutnya aku pakai pada bulan 11 nanti,belum siap lagi wehhh!dah beli kain dan lace bagai dah...hadoihai..Pakai jelah mana yang ada time tu..

 Pihak bapak2 sedang berbincang.. 

Walaupun aku dilahirkan di Negeri Sembilan dan mempunyai pegangan kuat dalam adat perpatih,tetapi majlis pertunangan kami diadakan dengan keaadaan yang sangat simple dan pantas..Pantas??yelaa...tak sampai 1 jam,bincang2,makan2..done!terus balik..gila kan.... Memang tak sempatlah aku nak jemput semua saudara dan sahabat aku kan..huhuhu!
-_-"

Sangat2 simple tahu tak??!Macam zaman dulo2 gitu..

- Tiada pelamin
- Tiada baju tunang,pakai jubah cotton sahaja
- Tiada seri junjung dan hantaran lain,hanya 1 kek sahaja
- Tiada makeup artis, bubuh eye liner,tepek bedak and liptik sahaja..
- Lauk pauk,hanya makan nasi lemak sahaja.
- Tiada khemah makan,makan kat dalam rumah sahaja.
- Kawan2 tiada,hanya saudara mara yang sangat2 rapat sahaja
- Tiada muzik jadi background majlis pun,hanya background " GOLL"! Sebab time tu Perlawanan bola    sepak antara Malaysia dan Barcelona..Ciss..Barcelona menang 3-1...Ciss! Messi tak lawan kali..Ciss! Ciss! grrrr...


Bakal mak mertua..terketar2 ye mak nak sarung cincin..rilek mak..rilek.. >,< 


Bab posing,memang kegemaran aku..kuikui!



dari kiri : mak mertua, aku , ibu aku yang sangat aku sayangi!

Bersama kakak2 ipar dan anak buahzzzzz !

Alhamdulillah..Semua berjalan dengan lancar..Sebab kami tak perlu nak buat persiapan untuk buat majlis pertunangan kami tu lagi..Sangat2 jimat!Dari segi kewangan dan masa.

gambar atas : kaum lelaki sedang kusyuk tengok bola.. -_-

 "Ini tunang saya..bukan awek saya.." katanyaaaa... -_-


 Budak bongsu yang jadi perunding imej katanya...ceit!serta jurugambar... -_-

Kepada saudara dan sahabat2 ku..Ampun dan maaf kerana tidak menjemput kalian ke majlis ini..Bukan kerana sombong,bukan kerana tidak mahu ajak..Tetapi disebabkan... [yang tak tahu tu,sila baca semula entry ini]..hehehe!So jangan marah k..Ampun! Ampun!

InsyaAllah..Majlis perkahwinan kami,akan aku ajak semua rakan2 dari sekolah tadika sampailah kawan2 aku di tempat kerja..Peh...rakan2 facebook pon aku ajak sekali k....Bajet retis terus kan...kan kannnnn... Kasi VIP kepada semua orang nanti..InsyaAllah.... :)

Dah lama doh..tak makan kek!yummmy!!my febret!

Monday, January 7, 2013

Konsert untuk pelajar UNIKL!

Assalammualaikum!

Kasi heboh untuk pelajar2 UniKL di seluruh Malaysia!!

Universiti Kuala Lumpur telah berjaya antara 10 "Kampus paling riuh!! di Malaysia" yang ditaja oleh Hotlink..

Tidak percaya?? Sila click disini

Antara artis-artis yang terlibat adalah "6ixth Sense,Hujan & Bunkface!!

DIMANA????? bertempat  di KL Live Kuala Lumpur..Yang mana tak tahu dekat mana KL Live....Sila rujuk Map dibawah..

 
Bila?Pukul berapa???Bayar ke??Sila lihat dibawah :


Oleh itu,jangan lupa!Bawa ID pelajar(UniKL) untuk masuk!masuk adalah PERCUMA!!!!

UNIKL!!!mari kita gegarkan KL Live!!! : )

...................................................................................

p/s: Malangnya aku tak dapat nak pergi..bos tak bagi..ohoiii! -_-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mouse